Sunday, 6 May 2012

Selamat Berkunjung Ke Blog Agrotourism Homestay Sg.Sireh






Homestay Sg.Sireh yang bercirikan pertanian dan mempunyai pelbagai aktiviti menarik pasti akan memberi pengalaman indah buat anda..Homestay kami menyediakan kemudahan-kemudahan yang menjanjikan keselesaan kepada anda.Antara kemudahan yang special di tempat kami adalah...Keindahan Alam Semula jadi Hutan Simpan  Tanjong Karang serta Terusan utama ( sungai ) sebagai sumber minuman penduduk kg.Sg.Sireh dan juga aktiviti berkayak.

Hayati dan nikmati percutian dengan suasana kampung pertanian berciri tradisi di musim cuti. Alami sendiri aktiviti di sawah padi, kebun kelapa sawit, kebun sayuran dan ternakan di mana  menjanjikan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan disamping menikmati keindahan, kedamaian, ketenangan dan keharmonian kampung.





Menyediakan pusat untuk berekreasi dengan suasana yang nyaman, selamat dan menyeronokkan. Sesuai kepada remaja-remaja lasak, berjiwa berani, suka mencuba dan berhati waja. Ayuh silakan beramai-ramai ke Pusat Rekrerasi Agrotourism Homestay Sungai Sireh.



















Kampung Ku Indah Menarik Dan Harmoni 
Kawasan Pertanian Yang Berciri Tradisi
 Pastinya Pulang Penuh Kenangan Di Hati 
 Kunjungan Tuan Yang Amat Kami Nanti



3 comments: